Sejarah Sekolah

Sekolah Kebangsaan Tunku Kurshiah telah ditubuhkan pada 30 Januari 1952. Sekolah ini dibuka kerana memberi peluang kepada murid-murid perempuan menerima pelajaran sama seperti murid lelaki.

Pada tahun 1963 Sekolah Kebangsaan Tunku Kurshiah menjadi Sekolah Rendah Tunku Kurshiah sepenuhnya.

Pada tahun 1972, telah memohon bangunan tambahan bagi membolehkan persekolahan satu sesi dijalankan ( pagi sahaja ).

Pada tahun 1977, bangunan tambahan yang terdiri daripada 8 buah bilik darjah dan sebuah kantin telah berjaya disiapkan.

Sekolah ini telah dirasmikan oleh YM Tunku Kurshiah Ibni Tunku Besar Burhanudin SMN pada 7hb Julai 1979.

Pada tahun 1993, pihak sekolah telah mengambil pelajar lelaki seramai 58 orang.